Tipu la kalau tak pernah gaduh
(Tulisan ini telah dimuatnaik di Facebook Anfaal Saari pada 11 April 2017 bersempena dengan Ulang tahun perkahwinan ke-15)
"Abg, Jom selfie!" Dia pandang tempat lain.
Itu lah suami saya. Hmm.. Awal kahwin dulu lagi kaku nak bergambar. Kahwin pulak dengan famili yang suka bergambar. Sorang macam dari planet Marikh, sorang dari planet Zuhal.
Sekadar berkongsi 15 Pengajaran hidup sebagai suami isteri untuk adik2 pasangan baru:
- Hidup rukun dan damai (pesan Ayah pada saya. Rukun = ikut rukun Iman dan Islam)
- Hargai perkara kecil walaupun remeh. Buang sampah, bancuh air, cebokkan anak dll.
- Bergaduhlah tapi awasi perkataan. Part paling best adalah minta maaf sebab lepas tu semua macam lupa. Tipu la kalau tak pernah gaduh.
- Bincang secara telus. Isteri, jangan simpan perasaan dalam hati. Sebab tak boleh assume je suami tau bila kita jawab 'Ok'.
- Teman suami minum walaupun hanya segelas air. (Saya tak beriman dengan bab sedia air dan rotan di muka pintu bila suami balik)
- Komunikasi dengan baik dalam setiap urusan. Jangan assume.
- Dengar perbualannya walaupun kita tak faham perihal yang diceritakan. (kes saya: komputer dan gadget)
- Melebur lah sebagai satu entiti dalam hal kewangan. Duit, milik kita bersama.
- Be silly. Because laughter is the best medicine.
- Be human. Go holiday. Makan2. Watch movie.
- Sepakat dalam perancangan. Nak ubah perancangan pun kena syura semula.
- Raikan pandangan masing2.
- Terus berkenalan. Kenali apa yang disukai dan apa yang dibenci.
- Be your best buddy. Cerita apa sahaja. Bersabar dlm mendengar apa sahaja.
- 'Marriage councilor' terbaik adalah Allah. Mengadu dan munajat dalam sujud dan malam hari jika berlaku ketegangan dalam hubungan. Cari juga orang yang dipercayai untuk minta nasihat.
#fifteenthanniversary
#bahagiabukangembira
#bahagiabukangembira
Comments
Post a Comment