Skip to main content

Posts

Featured

Kenapa kita ingin kembara?

Hujung minggu lepas saya berpergian ke bumi kenyalang. Perbualan saya dengan rakan-rakan tempatan berlegar di sekitar topik kerjaya mereka sebagai guru di kawasan pedalaman, jarak yang jauh antara satu daerah ke daerah lain (kerana negeri Sarawak sendiri saiznya lebih besar dari Semenanjung Malaysia) dan juga kekayaan budaya serta sumber alam bumi bertuah ini. Antara yang menarik adalah saya berkenalan dengan seorang wanita berkerjaya sebagai jurutera tetapi sangat meminati travelling. Masih solo. Beliau memilih travel ala backpacker. Hanya satu beg galas dan memilih hostel dan kediaman kenalan baru sebagai tempat penginapannya. "Saya tak boleh lama dalam Malaysia. Saya mesti rasa nak keluar. Tengok negara luar." Menurut rakannya, apabila saya bertanya negara manakah yang telah dikunjungi, lalu rakannya berseloroh, "Akak tanya negara mana yang dia belum pergi." Jawabnya: " Alhamdulillah dah 40 buah negara." Perghhh!! EMPAT PULUH! Hebaaaat MasyaAllah....

Latest posts

Tipu la kalau tak pernah gaduh

Sisi lain hidup seorang Tokoh Politik Wanita

14 tahun bergelar Ummi